MAKLUMAT SYARIKAT
Nama : Five Roses Enterprise
Pendaftaran Sykt : 001429849T
Alamat Pos : No. 34, Jln 8/5,
Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor
Nama : Five Roses Enterprise
Pendaftaran Sykt : 001429849T
Alamat Pos : No. 34, Jln 8/5,
Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor
Alamat Perniagaan : Nursery Pasar Borong Selangor
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan
Cawangan : A8949, Seksyen 13,
Jalan Kemajuan,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor
Profil Syarikat
Five Roses Enterprise telah ditubuhkan pada Oktober 2003 dan dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra. Bermula dengan modal RM 27,000.00 , syarikat beroperasi di Pasar Borong Selangor dengan menawarkan perkhidmatan seni taman dan jualan pokok-pokok hiasan.
Syarikat berkembang maju dan telah membuka cawangan di Bandar Baru Bangi pada tahun 2005. Syarikat juga telah bertambah dengan membuka tapak semaian sendiri disamping tambahan jualan pokok buah-buahan dan herba. Pasaran bagi perkhidmatan lanskap juga telah berkembang ke jabatan-jabatan kerajaan, rumah-rumah kediaman, jalan-jalan dan kawasan sekitar bangunan. Sewaan pokok-pokok bunga juga ditawarkan semasa majlis-majlis keraian.
Berkat usaha yang tidak mengenal erti jemu, Five Roses Enterprise telah mula berkembang dari segi nilai projek untuk lanskap telah meningkat kepada projek-projek lebih besar dalam lingkungan RM10,000.00 ke atas. Kami yakin bidang ini boleh dan mempunyai potensi untuk berkembang maju.
Visi dan Objektif Perniagaan
Kami mempunyai visi dan misi yang tersendiri.
Antaranya ialah :-
Menjadi pembekal dan pemborong bagi kedai-kedai samada di sekitar Pasar Borong, kedai-kedai di kawasan perumahan dan pasar-pasar malam serta pasar tani.
Menjadi pembekal dan pemborong bagi kedai-kedai samada di sekitar Pasar Borong, kedai-kedai di kawasan perumahan dan pasar-pasar malam serta pasar tani.
Bersama-sama menjana keuntungan dengan pekebun-pekebun, peladang dan pengusaha-pengusaha bumiputra dengan membantu mereka memasarkan produk-produk mereka.
Membekal kepada kilang-kilang yang memproses buah-buahan tempatan kepada produk-produk lain seperti jem, cordial dan sebagainya.
Misi jangka panjang bagi memastikan buah-buahan Malaysia terkenal diseluruh pelusuk dunia dengan menjadi agen untuk mengeksport buah-buahan tempatan ke luar negara.